Tuesday

Cara Menjadi Akauntan

Syarat Kelayakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Untuk Menjadi Akauntan

(a) Mempunyai mana-mana kelulusan di bawah berdasarkan Jadual 1 (Part I) Akta Akauntan 1967:-

Diploma Perakaunan, Universiti Malaya;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia;
Diploma Lanjutan Perakaunan, Institut Teknologi Mara;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Teknologi Mara;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Utara Malaysia;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Putra Malaysia;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Sains Malaysia;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Tenaga Nasional;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Multimedia;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi;
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah;
atau mana-mana Ijazah Perakaunan daripada universiti yang telah di gazette di bawah Akta Akauntan 1967.

ATAU

(b)    Telah menjadi ahli persatuan akauntan yang diiktiraf oleh Kerajaan iaitu salah satu daripada yang berikut berdasarkan Jadual 1 (Part II) Akta Akauntan 1967:

Malaysian Institute of Certified Public Accountants;
Institute of Chartered Accountants of Scotland;
Institute of Chartered Accountants in England and Wales;
Institute of Chartered Accountants in Ireland;
Chartered Association of Certified Accountants;
Institute of Chartered Accountants in Australia;
Certified Practising Accountants in Australia;
New Zealand Society of Accountants;
Canadian Institute of Chartered Accountants;
Indian Institute of Chartered Accountants;
Chartered Institute of Management Accountants

(c)    Menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertaraf “Chartered Accountants”

(d)     Mempunyai Sijil Amalan (Practising Certificate) daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA)


(e)     Mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam kerja-kerja audit dalam firma akauntan awam iaitu:


selama 3 tahun selepas pemohon menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertaraf Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant).

bagi calon yang telah meninggalkan kerjaya pengauditan disyaratkan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman audit secara berterusan dalam tempoh 4 tahun sebelum permohonan sebagai juruaudit syarikat dan

(f)     Calon diwajibkan menghadiri Public Practice Programme  anjuran MIA.




No comments:

Post a Comment